2. Pelbagai pihak telah menggesa kerajaan agar memansuhkan ataupun setidaknya meminda akta ini yang dikatakan mengongkong kebebasan para penuntut universiti di negara kita, Malaysia. Seperti mana sesetengah pihak mengatakan, akta ini menyekat dan mengongkong hak kebebasan golongan siswa. Akta ini diperuntukkan bertujuan mengahalang penglibatan para pelajar dengan mana-mana parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang.
3. Pada pandangan saya, AUKU masih tetap relevan atas dasar tanggungjawab seorang pelajar adalah untuk menuntut ilmu. Atau dalam kata lain, obligation for a student is to study. Kerajaan menghabis dana yang banyak setiap tahun bagi tujuan pendidikan untuk anak muda dan dana ini pula diperolehi daripada rakyat. Adalah satu pembaziran jika dana diperuntukkan bagi tujuan pelajaran tidak digunakan manfaat sepenuhnya. Saya percaya kita mahukan negara yang mempunyai penduduk yang mempunyai ilmu yang tinngi agar mampu bersaing dengan negara-negara maju.
4. Pada zaman yang serba maju dan canggih ini, masih ramai yang berkelayakan sukar untuk mendapatkan pekerjaan, bayangkan apa yang akan terjadi pada mereka yang langsung tidak berkelayakan dek sibuk berpolitik. Perkara ini harus dipandang serius yang mana sedikit sebanyak boleh menjejaskan masa depan negara.
5. Masih ada lagi ruang, forum ataupun cara lain para pelajar boleh menyuarakan pendapat mereka. Bukan hanya melalui pemansuhan AUKU.
6. Pada pandangan saya, sesetengah pihak mahu memansuhakan AUKU hanya untuk kepentingan peribadi sahaja. Golongan muda sangat mudah untuk dipengaruhi. Sesetengah hanya mahu mengambil kesempatan ke atas golongan muda bagi kepentingan sendiri.
7. Ini adalah pandangan peribadi saya mengenai isu AUKU. Bukan bertujuan untuk menyebelahi atau menghentam mana-mana pihak. Pandangan positif amat dialu-alukan bagi tujuan membina. Bersama kita bina negara kita kearah yang lebih baik, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment