Thursday, December 4, 2008

Setelah sekian lama..

Setelah sekian lama tidak melontarkan idea-idea yang tersangkut di membrane-membrane otak, akhirnya tergerak juga hati untuk melakukannya. Alhamdulillah, syukur ke hadhrat yang maha esa. Kehidupan ini berjalan dengan aman, tenang serta penuh kebahagiaan.

Akhirnya, keadaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok, Thailand sudah kembali pulih beroperasi seperti biasa setelah gerakan pembantah anti-kerajaan meninggalkan kawasan lapangan terbang. Pastinya, kerajaan Thailand mengalami kerugian yang besar. Sektor pelancongan serba sedikit terjejas. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum seharusnya mengekalkan kedamaian yang sedia ada di negara kita. Usahlah ditimbulkan isu-isu perkauman yang mendatangkan keburukan kepada semua.

Penurunan harga minyak semalam memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia terutamanya. Isu ekonomi dunia disifatkan sebagai tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Alhamdulillah, ekonomi negara dapat dikawal dengan baik mudah-mudahannya.



Semoga negara aman-damai.

1 comment:

hafidzi said...

ekonomi negara in denial.
malaysia bakal terasa sebelum pertengahan tahun depan.